Selasa, 10 Mei 2011

utusan buat umie

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammu’alaikum Warakhmatullahi Wabarakaatukh.

walaupun hari ibu telah berlalu.. namun suara umie memanggil aku pulang
masih lag kedengaran di hatiku.. yap.. umie... itulah ibunda tercinta ku
atau name sebenarnya ialah hasmah binti dollah yg kini beradi di 
no 101 perumahan nelayan kandis bachok kelantan..
to my umie... i love u so much.. abg akn pulang setelah berjaya kelak..
umie nantikan kepulangan abg ye..

 Penyambutan Hari Ibu
 (panggilan manja ku terhadap beliau adalah mama dan bukan ibu! hehe)
 bukan sahaja diraihkan pada haribulan 8 May.
Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu.
 Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah
mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan
 menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin.

 Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan
 di dalam sebuah hadeethsnya dimana kita harus meletakan
sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.
Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan
tujuan kita semua sama.
 Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan
merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya.
 Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas
 kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia,
 Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan.
 Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti
 penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan
 nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal
erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita
bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu,
 lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali,
 belum tentu kita dapat membalas setitik air susu
yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH!
 Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah.
 Lihatlah wahai para sahabat ku,
 betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita.
 Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau!
Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak
 pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu.
 Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.





kepada ibuku hasmah binti dollah yg berada di kediaman perumahan nelayan kandis bachok kelantan..
SELAMAT HARI IBU..
i love u so much umie..

2 ulasan:

Ain Ayuni berkata...

pa, insyaallh.. papa akn berjya n dpt mmblas jasa umie dgn abah..
sejaht2 mama sklipun, mama akn tmni papa. tmni papa hnggalah papa brjya bktikn pda smua.. n kmblikn snyuman umie.. amin...

Ain Ayuni berkata...

i love u mama