Assalamualaikum wahai Muslimin Muslimat sekelian.Saya menjemput anda membaca tentang peristiwa akhir zaman yang mencabar kedaulatan keimanan dan akidah kita semua.
Jemput juga melayari tulisan saya tentang bahaya IFC
disini.Insya Allah, semoga dapat dijadikan sebagai iktibar. Sebar sebarkan perkara ini kepada semua.
Wabillahi taufeek walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Zainol Abideen016-3969881
MAHAGURU58
Sabtu 9 Jun 2007 | 23 Jamadil Awal 1428 HijrahRiddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam
Ustaz Zainudin Hashim
Wed | May 30, 07 | 01:17:56 PM
Pendahuluan
Firman Allah SWT berhubung dengan gejala riddah berdasarkan ayat 217 surah al-Baqarah yang bermaksud:
"Dan
sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya
(Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar), maka
orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di
dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya (buatselama-lamanya)."
[
Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]
Huraian ayat di atas
Allah
menjelaskan bahawa antara sebab yang menjadikan seseorang itu menjadi
murtad adalah akibat dari kelemahannya untuk bertindak balas ke atas
serangan musuh-musuh Islam yang melancarkan serangan dari pelbagai sudut
dan bentuk yang tidak mampu ditangkis oleh umat Islam kerana lemah daya
pemikiran lantaran jahil terhadap agamanya sendiri.
Definisi riddah
Riddah: Menurut bahasa: Kembali dari sesuatu kepada sesuatu.
Menurut syara'/istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan.
Dan
orang yang melakukan perbuatan riddah itu dinamakan murtad. Perbuatan
ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad berlainan hukumnya
daripada orang-orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu.
Dan
orang yang murtad, ia juga diertikan sebagai orang telah melakukan
jenayah yang menghina Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang
lain yang mungkin terpengaruh dengan da'yahnya, hal ini tentunya akan
menimbulkan fitnah kepada Islam.
Pandangan Islam terhadap golongan murtad
Dalam hal ini, baginda Rasulullah s.a.w. telah memberi satu garis panduan berhubung dengan golongan murtad berdasarkan sebuah hadis yang tegas daripada baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang menukar agamanya (Islam), maka kamu bunuhlah dia".
Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie.
Apa yang perlu dibuat ke atas orang yang murtad
Orang
murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan 'riddahnya' melainkan pihak
yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan memeluk Islam,
jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh.
Hukuman
tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan 'dasar kebebasan
beragama' atau dasar 'tidak ada paksaan dalam agama' sebagaimana yang
disebutkan dalam al-Quran kerana ia tidak tidak ada kaitan langsung
dengan persoalan murtad.
Sedangkan maksud 'tidak ada
paksaan dalam agama' itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak
boleh sama sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat
iman serta kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya
yang buruk terserah kepada manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah
islamiyah kepada mereka.
Sabda baginda yang
bermaksud: "Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah
satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa
dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama
yang berpisah dengan jamaah muslimin." (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Dari
Muhammad bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdul Qari dari bapanya,
bahawa seorang laki-laki dari arah Abu Musa Al-Asy'ari telah datang
kepada Omar ra, kemudian Omar r.a berkata kepadanya: "Adakah sesuatau
khabar dari sebelah barat?"
Ia menjawab: "Ya, ada seseorang lelaki menjadi kafir setelah ia memeluk Islam."
Omar berkata: "Apa yang telah kalian lakukan terhadapnya?"
Ia menjawab: "Kami hampiri dia kemudian kami bunuh dia."
Omar
berkata: "Mengapa tidak kamu tahan selama tiga hari, kemudian kamu beri
makan sepotong roti tiap hari, dan ia diminta bertaubat agar ia kembali
kepada perintah Allah? Ya...Allah, sesungguhnya aku masa itu tidak
hadir, dan tidak menyuruh, dan aku tidak reda ketika khabar itu sampai
kepadaku." (Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwatta', dan Asy-Syafi'i)
Telah
ijmak seluruh ahli ilmu terhadap hukum bunuh orang lelaki yang murtad.
Manakala hukuman terhadap wanita yang murtad, jumhur ulamak mengatakan
hukumannnya adalah hukuman bunuh juga.
Hanafiah pula
berpendapat wanita yang murtad tidak dikenakan hukuman bunuh, kerana
ada hadis yang melarang pembunuhan terhadap wanita.
Menurutnya
lagi, bagi wanita yang murtad hukumannya ialah memaksanya kembali
semula kepada Islam, jika dia enggan hendakalah dipenjarakan sehingga
dia memeluk Islam kembali atau sehingga dia mati.
"Telah sabit dari Abu Bakar ra: Bahawa beliau menghukum bunuh perempuan yang murtad." (Hadith riwayat Darquthuni)
"Bahawa
seorang perempuan yang biasa dipanggil Ummu Ruman telah murtad dari
Islam. Kemudian urusan itu sampai kepada Nabi, maka Nabi menyuruhnya
bertaubat jika ia bertaubat maka ia bebas, sedangkan jika ia tidak
bertaubat maka ia harus dibunuh."
Meminta si murtad supaya bertaubat
Menurut
jumhur, wajib meminta si murtad supaya bertaubat. Ia hendaklah
dilakukan sebanyak 3 kali sebelum hukuman mati dijalankan. Hanafiah pula
berpendapat, meminta si murtad supaya bertaubat sunat sahaja hukumnya.
Apakah memerangi orang yang murtad termasuk Jihad fi Sabillah dengan makna menurut hukum syara'?
Ya,
memerangi orang murtad termasuk Jihad fie Sabilillah dengan makna
menurut syara', kerana ta'rif jihad sesuai baginya iaitu: Memerangi
orang kafir untuk meninggikan Kalimah Allah, sedangkan orang-orang
murtad itu adalah orang-orang kafir dan memerangi mereka, untuk
meninggikan kalimah Allah.
Bahkan Ibnu Qudamah penulis kitab Al-Mughni menetapkan bahawa memerangi kafir asli.
Ibnu
Qudamah berkata : mereka ini - yakni orang-orang Murtad - lebih berhak
untuk diperangi, kerana membenarkan mereka boleh jadi orang-orang
seperti mereka memujuk untuk menyerupai mereka dan murtad bersama
mereka.6 Permulaan kes riddah dalam sejarah Islam.
Masalah
mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.
Masalah ini menggugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam, banyak
puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah.
Sesetengah
daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali
kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.
Puak-puak
ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan
memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi
mengikut ajaran Islam d
Sayidina Abu Bakar menegaskan bahawa
mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah
mereka kini tergolong dalam golongan Muslim.
Ada
diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul, bagi
menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar
melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah.
Hal
ini merupakan permulaan Perang Riddah. Antara orang yang mengaku
menjadi nabi ialah Musailimah. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan
Musailimah dalam suatu pertempuran.
Tindakan yang
dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar itu adalah hasil permesyuaratannya
bersama para sahabat yang lain termasuk Saidina Omar Bin al-Khattab,
mereka berpendapat
tindakan memerangi golongan murtad dengan
dipancung kepala mereka adalah menepati roh Islam, kerana bagi mereka,
golongan yang menolak salah satu daripada rukun Islam, ia bermakna
menolak keseluruhan rukun Islam yang lima dan mereka yang terlibat perlu
dihukum sampai mati berdasarkan hadith di atas.
Sebab-sebab
berlaku riddah di kalangan orang Islam Seseorang atau sesuatu kumpulan
boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab
berikut ini, antara lain:
1. Mempersekutukan
Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud
kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani.
2.
Mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari
satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih
3. Orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah.
4.
Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan
demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak
meninggalkannya.
5. Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian.
6. Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat.
7. Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh.
8. Orang yang meninggalkan solat karena berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya. 9. Mencela agama Islam, menghina al-Quran serta hukum-hukumnya dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.
10. Mencela Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan para sahabat.
11. Mendakwa bahawa wahyu turun kepadanya.
12. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.
13. Mencampak al-Quran atau kitab hadith Nabi dengan niat penghinaan.
14. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
15. Tidak mengamalkan hukum-hukum Islam.
16.
Berniat atau berazam untuk jadi kafir pada keesokan hari atau
teragak-agak untuk melakukannya, niat dan azam seseorang seperti itu
menyebabkan dia jadi kafir pada masa itu juga.
17. Dan banyak lagi yang lainnya.
Perbuatan
perbuatan di atas jika dilakukan oleh seorang yang baligh serta
berakal, baik lelaki mahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan
dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad.8
Syarat sah seseorang itu boleh jadi murtad Seseorang muslim itu boleh
menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa
syarat, iaitu:
Syarat Pertama Berakal -
Oleh
itu orang gila dan kanak-kanak tidak boleh jadi murtad dengan melakukan
perkara-perkara berkenaan. Kerana berakal juga adalah syarat layak
untuk berakidah. Namun sekumpulan ulamak seperti Abu Hanifah, Muhammad,
Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa sah berlaku murtad ke atas
seorang kanak-kanak. Mereka berpendapat baligh bukan menjadi syarat
untuk berlakunya murtad.
Syarat Kedua Dengan ikhtiar dan kerelaan -
Oleh itu kemurtadan orang yang dipaksa berbuat demikian tidak sah. Dia
dipaksa untuk murtad sedangkan hatinya tetap tenang beriman dengan Allah
Taala.
Penyelesaian gejala riddah menurut kaca mata Islam
Sebab-sebab berlakunya murtad dan cara-cara mengatasinya:
Antara sebab-sebab percubaan murtad ialah:
i) Kelemahan iman
ii) Tidak ada suasana yang boleh membentuk kekuatan iman.
iii) Tidak ada orang yang membimbing.
iv) Ada
komplot tertentu bagi memecahbelahkan umat Islam melalui ajaran
Kristian dan Hindu dengan meminum air holywater dan sebagainya.
Cara-cara untuk mengatasinya:
i)
Dengan berjaga-jaga daripada terpengaruh dengan ajaran agama yang sesat
yang menyeleweng daripada akidah Ahli sunnah Waljamaah.
ii) Kesedaran melalui usaha-usaha dakwah.
iii)Dikuatkuasakan
Akta Pencegahan murtad dan Akta Pemulihan di Pusat-Pusat Pemulihan
Akidah di negeri-negeri yang akan digazet dan dilaksanakan secepat
mungkin.
iv) Mengenalpasti kumpulan/gerakan yang cuba memurtadkan individu/umat Islam dan membuat aduan segera ke Jabatan Agama Islam Negeri yang berdekatan.
v)
Untuk menguatkan iman, disarankan umat Islam kembali menghayati cara
kehidupan Nabi Muhammad SAW yang ditunjukkan kepada kita melalui
Al-Quran dan sunnahnya.
Gejala riddah di Malaysia semakin serius berlaku.
Peguam
Zulkifli Nordin ada menyentuh berhubung Isu riddah di kalangan orang
Melayu/Islam seperti dalam catatan dan pengakuannya:
Murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.
Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 sahaja,
4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun
1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk
Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya
sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja,
516 orang sudah murtad.
Aisyah bukan kes pertama
murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak
tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh
peguam Zulkifli Nordin.
Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat?
Kes
ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem
pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari
segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan
dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad?
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat?
Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anaknya dimurtadkan di rumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.
Dihantar
ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh
melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke
peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak.
Dia
dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah
berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam
ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang
jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia
hafal .
Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.
Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.
Takde apa yang pelik pada dia, duduk di Lembah keramat AU5C.
Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
Hari
terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama
manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian."
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri rasa hairan macamana dia boleh murtad?
Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.
Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.
Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat?
Semua
dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir
laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan...
Permohonan ini dibuat oleh Leonard Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian.
(Read Habeas Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah).
Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah.
Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan.
Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.
Permohonan itu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab
yang dia beri, "Saya Leonard Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur
Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."
Perenggan
23: "Saya Leonard Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara
salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan
bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Katholik".
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya.
Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita pada tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.
Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu?
Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal.
Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
Contohnya perlantikan Sultan, rasmi Parlimen dll.
Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
Article
4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang
bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini
termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada
masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.
Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke
rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang
penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL
untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan
murtad.
Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja.
Anak
yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan
kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah
menganut ajaran Hindu siap dengan nandek.
Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.
Menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan.
Adik
lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak
menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu?
Hartina
papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup
dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapanya pukul boyfriend
dia.
14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki
Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang
mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula
bapanya 3 juta.
Remuk
hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak
cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji
Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa
masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu
laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah itu ditembak oleh seorang yang tak dikenali.
Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut.
Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!!
Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qaradawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.
Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
************************************************************************************
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan berumur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri.
Bapa
dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam
Negeri Kelantan, heret anak dia ke Mahkamah Persekutuan.
Dia mohon pada makamah, agar mengisytiharkan bahawa anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak.
Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas.
Terpaksa buat perisytiharan.
"Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun.
Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya.
Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam."
Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.
2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.
Penuh
mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak
dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun.
Sambil menangis, budak tu kata
" Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini."
Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.
Sebab
itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua
atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun.
Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
************************************************************************************
Kes terakhir sekali yang paling teruk,
kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5
bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya,
Hindu.
Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka, 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam.
Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu.
Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.
Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh.
Amar kata,
"Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir.
Kemudiannya, Sumayyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung.
Mampu berkata "Allah hu Ahad".
Berlari Ammar menemui Rasullullah SAW.
Dan akhirnya, mengikut sejarah, Ammar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW.
Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa.
Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong.
Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa meminta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.
Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu?
Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang.
Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.
Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut.
Walaupun
5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga
mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti
baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di
perkuburan Bukit Kiara.
Kalau
saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga
terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan
hati kita.
Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri?
Sedangkan
Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis Agama yang dia
diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan
"Bersegeralah
kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu
masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan
hitam di malam gelap gelita tak nampak".
Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"
"Fitnah
itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa
itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."
Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini,
"Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap."
Macam mana boleh nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung?
Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar.
Gerakan Yahudi lagilah teruknya.
Henry
Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan
Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak
Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling
nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham
kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya.
Sapa yang hendak berhenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi
punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat
stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab
Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam
perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6
yang terakhir.
Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London.
Dia berkata: "Kepada
semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan
kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang,
bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam
menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita,
mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak
mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.
Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."
Wasiatnya
berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492. kerajaan Islam
Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian.
1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani.
Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah.
Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao.
Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu.
Macamana benda ini boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G.
GOSPEL,GOAL, GLORY.
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita.
Dia
bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier
(kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian?
Orang kita panggil, gerakan halus.
Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni.
Dia guna kaedah
"garam dan ragi".
Garam
sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang
asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu
tapi sebenarnya tapai.
Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.
Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.
Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita.
Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian.
Convent itu, Saint ini.
Menurut
satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis
semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an.
Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi".
Pendekatan
seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan
meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.
Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya.
Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.
Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.
Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya.
Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya.
Sebaliknya
ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus
bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas
seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan
bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan
bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian Muslim Melayu tempatan
yang mencerminkan Kristian Muslim Melayu sejati..
"Sebenarnya dia ingin.
Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian.
Cara kebajikan pula...
Hari
ni sapa tak kenal Rotary Club @ Kelab Rotary yang cuci buah pinggang,
Lions Club @ Kelab Lion, Red Crescent @ Bulan Sabit Merah, Saint John's
Ambulance?
Siapa tak kenal Red Cross @ Palang Merah?
Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan.
Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.
Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat.
Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.
Paling kurang pun, sampaikan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu.
Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya.
Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
Menyorot kes kontroversi Lina Joy yang dapat perhatian Pemuda PAS Pusat
Perbicaraan kes
Lina
Joy (Azlina Jailani), 42, yang mahu mendapatkan perintah mahkamah
supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara mengisytiharkan beliau
keluar daripada agama Islam, telah menggugat sensitiviti umat Islam
untuk lebih peka terhadap agama Islam.
Ketua Pemuda PAS,
Salahuddin Ayub berharap seluruh umat Islam dalam negara ini mesti
prihatin dan sensitif terhadap isu Lina Joy kerana kes itu merupakan
suatu petanda terhadap kewibawaan Mahkamah Syariah.
Menurut beliau, itu merupakan suatu kes yang akan menentukan sama ada artikel 121 (1A) itu dapat dipertahankan atau sebaliknya.
"Saya
yakin dan percaya bahawa peguam yang mewakili Majlis Islam Wilayah
Persekutuan yang diketuai Haji Sulaiman Abdullah akan dapat berhujah
dengan baik dan kita berharap ia dapat memastikan kemenangan di pihak
pihak berkuasa agama," katanya ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan, di sini, tengah hari tadi.
Beliau
berkata, kehadiran Pemuda PAS ke mahkamah adalah untuk memberi sokongan
kepada Majlis Islam Wilayah Persekutuan bahawa kes tersebut merupakan
kes umat Islam bukan kes individu.
Sementara itu,
Adun Anak
Bukit, Kedah, Amiruddin Hamzah berkata, setiap keputusan untuk
mengisytiharkan diri keluar daripada Islam perlu mendapat mandat
daripada mahkamah syariah manakala mahkamah sivil tidak mempunyai
apa-apa kuasa untuk membuat keputusan dalam perkara yang melibatkan
bidang kuasa mahkamah syariah seperti yang termaktub dalam 121 (1A).
Menurut
beliau, banyak kes sebelum ini yang dibawa keluar menunjukkan bahawa
Islam `The law of the land' dan tidak boleh melihat apa yang berlaku di
negara lain seperti India dan Australia kerana uniknya kedudukan agama Islam di bawah artikel 3.
Katanya,
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan nama Islam di kad pengenalan
mempunyai persepsi yang cukup besar bagi membolehkan penganut itu
menerima zakat serta membantu penguat kuasa Majlis Agama Islam untuk
menangkap mereka sekiranya didapati tidak berpuasa dan makan di
khalayak.
"Nama Islam di kad pengenalan itu sebagai
dokumen yang penting bukan perkara yang mendiskriminasikan penganut
Islam dengan agama lain kerana Islam mempunyai status yang cukup tinggi
dan utama," katanya.
Menurut beliau, Islam melarang
umatnya murtad dan yang paling penting seluruh umat Islam perlu
memikirkan supaya penganut agama Islam tidak ingin sama sekali keluar
daripada agama itu.
Sehubungan itu beliau
berharap supaya Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh seperti mana
yang dikhendaki dalam al-Quran, malangnya kerajaan Malaysia hari ini seolah-olah hanya melaksanakan Islam secara tempelan!
"Pelaksanaan
Islam secara tempelan iaitu hanya sekadar pada nama akan menyebabkan
banyak ruang kosong dalam kehidupan serta menggalakkan pemeluk agama
Islam keluar daripada agama suci itu," katanya.
NGO Islam nyata pendirian dan sikap terhadap isu murtad
Perbincangan
khas di kalangan wakil-wakil NGO yang beraspirasikan Islam telah
diadakan bagi merangka sikap dan gerak kerja bersama untuk menangani
pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia.
Mesyuarat
tersebut memutuskan untuk menubuhkan gabungan yang dinamakan
Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA) sebagai rangkaian
gerak kerja bersama pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Mesyuarat
tersebut telah dihadiri oleh wakil lebih 50 buah pertubuhan
beraspirasikan Islam termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
Peguam Pembela Islam (PPI), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Persatuan
Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Muslim Professional Forum (MPF), Jamaah
Islah Malaysia (JIM), Teras Pengupayaan Melayu (Teras), MUAFAKAT,
badan-badan pelajar dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Ia
turut dihadiri oleh wakil-wakil taman perumahan, surau, masjid, para
peguam, individu-individu yang mendokong aspirasi yang sama, selain para
peguam yang terlibat secara langsung mengendalikan kes-kes berkenaan
permohonan keluar Islam di negara ini.
Beberapa kes
mahkamah yang melibatkan Islam telah timbul akhir-akhir ini seperti kes
Muhammad Abdullah@Moorthy, Azlina Jailani (Lina Joy) dan Meor
Atiqulrahman.
Perkara tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan
ketidakpuasan hati yang semakin memuncak di kalangan masyarakat Islam
di negara ini, berkenaan isu murtad serta kedudukan Islam dalam
Perlembagaan dan perundangan negara.
Mesyuarat PEMBELA telah
bersepakat bahawa isu murtad di negara ini sudah berada di tahap yang
membimbangkan dan kesal dengan usaha berterusan pihak-pihak tertentu
yang bertujuan menggugat kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran
perundangan.
PEMBELA melihat persoalan status keIslaman dan
permohonan untuk keluar dari Islam adalah persoalan yang harus diadili
oleh para Hakim yang memahami perundangan Islam di Mahkamah Syariah; dan
bukan di Mahkamah Sivil terutama apabila ia melibatkan para Hakim bukan
Islam. Gabungan tersebut mengajak semua pihak terutama kerajaan melihat
masalah murtad secara jujur dan serius.
Ia percaya masalah
tersebut boleh ditangani tanpa menimbulkan sebarang kekecohan sekiranya
ditangani dengan bijak. Pihak PEMBELA bersedia untuk bekerjasama dengan
agensi kerajaan berkaitan bagi mengatasi masalah tersebut.
Masalah
murtad dan kedudukan istimewa Islam adalah perkara yang amat sensitif
di kalangan umat Islam di negara ini dan sebarang cubaan menggugat
kedudukan tersebut akan mengguris perasaan ramai pihak dan bakal
mengganggu keharmonian dan kerukunan masyarakat berbilang bangsa.
PEMBELA
merasa kesal di atas beberapa komentar yang tidak sepatutnya dibuat
dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Islam mengenai Rasulullah (saw)
dan sunnah memakai serban.
Sebuah jawatankuasa bertindak
telah dibentuk bagi menjalankan gerakan menangani masalah murtad dan
mengukuhkan kedudukan Islam dalam perundangan negara.
Yang terdekat ialah menyediakan memorandum untuk diserahkan kepada para pemimpin kerajaan mengenai masalah murtad.
PEMBELA
bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengadakan majlis
penerangan, dialog termasuk dengan bukan Islam dan pertemuan dengan
pemimpin kerajaan bagi mencari penyelesaian kepada masalah murtad.
Pandangan Mufti Perak dan Negeri Sembilan mengenai gejala riddah
Mufti
Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata isu sensitif itu
bagaikan "virus yang boleh mengundang maut" dan ianya boleh
menghancurkan akidah umat Islam jika terus dibiarkan.
Walaupun
hukuman bunuh telah disyariatkan terhadap mereka yang murtad, namun
Mahkamah Syariah boleh menggunakan pendekatan secara psikologi iaitu
memberi peluang selama tiga hari atau lebih (mengikut budi bicara hakim)
untuk mereka bertaubat sebelum hukuman dilaksanakan, katanya dalam
kertas kerja pada Konyensyen Kebebasan Beragama dan Isu Murtad: Ke Arah
Penyelesaian Yang Praktikal, di Universiti Islam Antarabangsa ) di sini.
Harussani berkata oleh kerana prosedur dan undang-undang
Mahkamah Syariah yang berbeza, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan
secara seragam.
Dalam kertas kerjanya pula,
Mufti Negeri Sembilan Datuk Mustadza Ahmad berkata semua pihak terutama
kerajaan, perlu bertegas dalam menangani isu murtad dan mencari jalan
penyelesaiannya.
Beliau bersetuju dengan pendapat Harussani
mengenai pendekatan secara psikologi itu, dan berharap satu
undang-undnag pencegahan dan hukuman berkaitan dengan murtad dirangka
dengan mengambil kira aspek hukum yang berkaitan seperti masalah harta
benda, pewarisan dan rumah tangga.
"Kegiatan dakwah juga perlu diperkasakan agar masalah murtad tidak berleluasa di kalangan orang Islam," katanya.
Pensyarah
Undang-Undang di UIA Dr Zulkifly Muda berkata kegagalan orang Islam
untuk menghayati Islam berpunca daripada umat Islam itu sendiri selain
ibu bapa dan pihak berkuasa.
"Mustahil ada orang
yang akan murtad sekiranya pentadbir, ibu bapa dan pelbagai pihak
mengamalkan ajaran Islam dan ditadbir dengan sistem Islam sepenuhnya,"
katanya.
Seorang lagi pensyarah undang-undang di UIA, Prof Abdul Aziz Bari, berkata perlembagaan Malaysia tidak mempunyai kecacatan dalam meletakkan kebebasan beragama tetapi ia tidak memberi ruang untuk murtad.
"Konsep
dan ruang kebebasan asasi di dalam perlembagaan adalah terhad dan
spesifik. Ia perlu dilihat dalam konteks yang tertentu dan tidak harus
dianggap sebagai hak yang mutlak," katanya.
Murtad - Keprihatinan Sultan Perak membanggakan -Husam Musa
Isu murtad, amat sensitif.
Pada masa yang sama, ia amat penting. Malangnya, kadar tindakbalas kerajaan dalam isu ini amat lembab.
Ia
mungkin saja boleh mencetuskan keadaan yang merbahaya. Lebih cepat dan
responsif kerajaan bertindak dalam isu ini, lebih baik.
Kerajaan mesti lebih bersifat informatif.
Dalam
kes individu tertentu dikaitkan dengan gejala murtad, kerajaan boleh
mengambil inisiatif segera untuk menentukan kesahihan berita seumpama
itu sebelum ia mula menyambar menjadi api yang besar.
Dalam isu
ada pihak menjalankan kegiatan memurtadkan orang Islam, kerajaan harus
datang dengan kenyataan yang meyakinkan untuk menyekatnya, seperti
kehendak Perlembagaan Negara.
Dalam isu bilangan yang telah
murtad yang besar jumlahnya, penjelasan segera harus diberi dan
pihak-pihak berkenaan semestinya segera dipanggil untuk dirundingi atau
sekurang-kurangnya, mendapatkan penjelasan.
Malangnya, semua peringkat kerajaan lembab selembab-lembabnya. Lagi amat tidak meyakinkan.
Keadaan boleh menjadi parah dengan insiden yang berlaku di Ipoh.
Orang
ramai tidak boleh disalahkan kerana isu ini memang sifatnya sensitif.
Bahkan, kepekaan orang ramai, dilihat dari satu sudut, adalah
menggambarkan kepekaan mereka untuk melihat agama mereka terjaga.
Siapa yang memulakan SMS itu, boleh diuruskan oleh polis.
Tetapi
mengapa kerajaan seakan membiarkan isu ini membara, masih menimbulkan
kesangsian saya. Jika kerajaan bertindak pantas, tidak ada pihak boleh
mensensasikannya.
Bush, Howard dan Blair, masing-masing telah menggunakan psikologi takut sepenuhnya, dalam perang propaganda mereka.
Di
Malaysia, perkauman dan sensitiviti agama selalu meletakkan UMNO/BN
dalam kedudukan lebih mudah untuk meminggirkan parti-parti lain.
Kerana
itukah kerajaan lembab? Atau sememangnya kerajaan sekarang mengalami
sindrom tindak balas yang perlahan dan tidak menentu?
Langkah
Sultan Perak memanggil MB Baginda dan Ketua Polis Negara, mengadap atas
isu ini, harus menyedarkan Perdana Menteri dan juak-juaknya bahawa,
dalam isu ini, dan isu yang lain juga, banyak tindakan responsif dan pro
aktif boleh diambil dan dengan itu, keamanan negara kita terpelihara.
Langkah Sultan Perak itu, mesti menjadi teladan pemimpin-pemimpin kerajaan.
Tidakkah mereka merasa malu atas perlahannya tindak balas mereka dalam isu ini?
Bantahan ke atas satu lagi bentuk gejala riddah iaitu penubuhan IFC oleh NGO
Satu
lagi cara untuk menyebar-luaskan gejala riddah di kalangan umat Islam
di Malaysia ialah dengan cadangan penubuhan Interfaith Commission (IFC)
oleh pihak tertentu yang menjurus untuk memurtadkan sebilangan besar
masyarakat umat Islam, dalam isu ini, kerajaan Barisan Nasional membisu
seribu bahasa tanpa menyatakan sikap jelasnya terhadap mana-mana
pendekatan yang boleh membawa kepada riddah/murtad.
Umat
Islam perlu sedar akan cadangan tersebut, kerana jika ia diluluskan, ia
bukan sahaja menggugat pihak tertentu sahaja, malah apa yang lebih
dibimbangkan ialah golongan remaja yang tipis pegangan mereka terhadap
agama Islam di samping suasana persekitaran yang tidak memberangsangkan
seseorang muslim/muslimah itu berpegang sungguh kepada ajaran agamanya.
Justeru, kesungguhan badan-badan Islam bukan kerajaan (NGO) bagi membendung gejala
riddah itu patut dipuji, kerana ia bersungguh-sungguh untuk memastikan
agar golongan remaja Islam khususnya berada pada tahap keimanan yang
kental di sisi Allah SWT.
Tetapi apakah yang perlu kita tahu mengenai IFC itu?.
Bantah Penubuhan IFC
PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION
1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?
IFC
yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah
sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan
berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran
sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain.
Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.
IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC
digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of
Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis
Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui
memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden
MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis
Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat
menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.
Kronologinya seperti berikut:
Pada
8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada
MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan
dengan lancar.
Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
Pada
10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan
Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.
Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan.
Bengkel
ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat
dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In
Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang
mencadangkan dialog antara kepercayaan.
Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan.
Bagi
menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua
ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa
penganjur tanpa pengetahuan mereka.
Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.
Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat
IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan
akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan
Islam.
5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii.
Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah
diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan
tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
iii.
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak
sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh
mahkamah sivil.
iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
v.
Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya
ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan
keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
vii.
Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya. viii. Kerajaan hendaklah menyediakan
dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat
orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa
untuk masjid.
ix. Orang-orang bukan Islam
hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan
perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
xii.
Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula
hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
xiii.
Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam.
Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung).
Hak
perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan
Persekutuan - Freedom of Religion (Kebebasan beragama) tidak
berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut
ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan
kepentingan sendiri.
Orang-orang bukan Islam berhak
untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai
mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan
ini amat bahaya.
Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.
ii.
Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,
Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,
Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama,
Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti,
Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas.
Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.
Bagi
orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi
norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia.
Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan.
Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa.
Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
iii.
Orang Islam bebas melakukan apa sahaja. Manusia adalah bebas. Begitu
juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja
termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku
sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini
dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
iv. Orang Islam bebas untuk murtad.
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama.
Ini termasuk kebebasan menukar agama... (Artikel 18)'.
Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia.
Berdasarkan
norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar
daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
v. IFC berhak menentukan status agama seseorang.
Seseorang
yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.
Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya
adalah orang bukan Islam.
Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal Agama Islam.
Jabatan
Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk
menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu
percubaan untuk murtad.
Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama.
Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.
Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya.
Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.
7. Apakah sikap kita sebagai Muslim?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kerajaan awal tahun ini telah mengumumkan penangguhan penubuhan IFC.
Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.
Para
pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan
terus melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka.
Ini
terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin
yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak
berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi.
Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.
KAMI HARGAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENANGGUHKAN SEBARANG TINDAKAN DALAM HAL INI.
MALAH KAMI HARAP PENUBUHAN IFC DI TOLAK SAMA SEKALI.
KAMI BERPENDAPAT PENUBUHAN IFC INI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DAN MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA.
JIKA ANDA MENCINTAI ISLAM DAN BERHASRAT MEMELIHARA HAK-HAK MUSLIM, ANDA SEPATUTNYA MENYEBARKAN RISALAH INI.
ANDA JUGA DIMINTA MENYUARAKAN PROTES INI KEPADA WAKIL RAKYAT ANDA. ORANG ISLAM WAJIB SEDAR TENTANG ANCAMAN PENUBUHAN IFC.
Allied
Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan terima
kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu
yang prihatin.
Ahli-ahli ACCIN terdiri dari: Al-Hidayah, Belia
PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic Outreach ABIM,
JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia,
Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa),
Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam'iyah),
Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY.16 Kerajaan didesak tidak
teruskan IFC - Teras Pengupayaan Melayu
Presiden Teras
Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid, sangat terkejut dengan
kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz
dalam laporan akhbar baru-baru ini yang dipetik sebagai berkata
ketiadaan wakil umat Islam dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC) bukanlah
satu masalah kerana suruhanjaya itu mempunyai alternatif lain bagi
membincangkan isu kepentingan bersama.
Kenyataan Nazri ini seolah-olah menyatakan suruhanjaya ini sudah wujud dan cuma tidak diwakili oleh orang Islam.
Sebelum
ini, kita semua difahamkan suruhanjaya ini tidak dibenarkan kerana
perkara yang menjadi tumpuan IFC berkait rapat dgn hukum hakam.
Teras
khuatir kerajaan sudah berpatah balik menurut tuntutan pihak yang
mahukan suruhanjaya ini diwujudkan tanpa pengetahuan orang Islam. Jika
ini berlaku ia amat berbahaya kerana sebelum ini kita sudah membantah
keras penubuhan suruhanjaya ini.
Mekanisma sedia ada seperti
Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam, Majlis Fatwa dan Jakim sudah
memadai untuk menyalurkan ketidakpuasan hati orang Islam.
Bukan tidak ada peluang untuk orang Islam mengadu. Kenapa perlu wujud suruhanjaya ini?
Ruang dalam Mahkamah Syariah untuk bukan Islam sememangnya ada.
Seperti contoh, kes seperti Nyonya Tahir.
Sekarang
kalau kita teruskan juga suruhanjaya ini seolah-olah kita telah
menundukkan syariah Islam kepada tunutan orang bukan Islam.
Perkara
ini juga akan merendahkan status Islam di negara ini kerana kita tahu
status Islam sebagai agama rasmi negara ini, jadi kita sepatutnya tidak
mungkin ditundukkan dengan tuntutan ini.
Kita menuntut kerajaan
supaya tidak meneruskan fungsi IFC ini dan hendaklah kembalikan kepada
saluran sedia ada, mekanisma sedia ada untuk berbincang dengan orang
bukan Islam.
Kenyataan media PAS Johor oleh Pesuruh Jaya Dato' Dr Mahfodz Mohammad dan Ketua Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil
PAS
Johor memandang serius terhadap isu gesaan Parti Gerakan agar Mufti
Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dipecat daripada jawatannya dengan
dakwaan kononnya beliau terlibat didalam kes penyebaran SMS berhubung
isu murtad yang melibatkan pelayar solo negara Datuk Azhar Mansor.
Bagi BPPNJ kenyataan dan gesaan tersebut adalah suatu tindakan yang biadap dan celupar serta berniat jahat.
BPPNJ
juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu tindakan yang amat jelas
menodai, membelakang dan melanggar Perlembagaan Negara dan kontrak
sosial yang dipersefahami oleh semua pihak selama ini.
Malah
bagi BPPNJ kenyataan tersebut juga boleh diterjemahkan sebagai suatu
penghinaan kepada institusi Kesultanan dinegara ini lantaran hal yang
berkaitan dengan Islam dan kepentingan umatnya adalah tertakluk secara
mutlak dibawah kuasa-kuasa Sultan.
Bagi PAS Johor keceluparan
dan kebiadapan ini adalah kelangsungan daripada usaha-usaha jahat
segelintir pihak yang dengki terhadap perkembangan Islam.
Jika
sebelum ini negara telah digegarkan dengan tindakan biadap pakatan IFC
yang menyerang Islam secara terang-terangan sehingga membangkitkan
kemarahan umat Islam maka tidak mustahil juga tindakan Parti Gerakan ini
melalui Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan boleh
diterjemahkan sebagai kelangsungan daripada usaha tersebut.
Malah
bagi PAS Johor, keberanian Parti Gerakan bertindak biadap dengan
menghina institusi Islam jelas berpunca daripada UMNO sendiri yang
dilihat bukan sekadar memandang ringan kerisauan umat terhadap pelbagai
isu yang melanda khususnya isu murtad malah merekalah jugalah yang
memperlekehkannya.
Ini dapat dilihat daripada isu fakta 250 000
orang murtad yang telah didedahkan oleh Mufti Perak, Dato' Seri
Harussani Zakaria. Begitu juga lewat isu IFC.
Maka dengan itu
PAS Johor mencabar UMNO untuk memperjelaskan pendirian mereka didalam
isu ini. Sensitiviti umat Islam telah diusik dan hanya dengan ketegasan
UMNO untuk mengambil tindakan terhadap Parti Gerakan adalah ubat terbaik
untuk merawatnya.
PAS JOHOR juga secara tegasnya mendesak
dengan tegasnya agar Parti Gerakan menarik semula gesaan yang telah
dibuat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan Raja-raja Melayu
atas sikap mereka yang biadap dan celupar tersebut.
Hanya undang-undang syariah yang boleh menentukan isu murtad: hakim
Hak
kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan tidak memberi hak kepada seseorang Islam untuk mengamalkan
agama itu sesuka hati, kata hakim Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini.
Hak perlembagaan itu tidak boleh diberi tafsiran yang luas
sehingga ianya boleh membatalkan semua undang-undang Islam yang
berkaitan dengan cara dan pengamalan yang ditetapkan oleh hukum syarak.
"Ini adalah kerana kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan dari kedudukan agama-agama lain". "
Pertama
inya adalah agama bagi persekutuan dan kedua perlembagaan itu juga
telah memberi kuasa bagi negeri-negeri untuk mengkanunkan hukum syarak,"
kata Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed.
Beliau berkata demikian
ketika menolak rayuan habeas corpus oleh sepasang suami isteri Mohmad
Ya, 57, Kamariah Ali, 51, dan dua orang lelaki yang lain iaitu Daud
Mamat, 62, dan Mat Yaakob Ismail, 56, yang menuntut supaya mereka
dibebaskan dari tahanan di penjara Pengkalan Chepa, di Kelantan.
Beliau
yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Datuk
Allaudin Mohd Sheriff juga telah menolak rayuan mereka berempat yang
telah mengaku keluar dari Islam, untuk mendapat pengisytiharan hak
kebebasan beragama.
Mohamad Ya dan Kamariah adalah bekas guru
agama, manakala Mat Yaakob dan Daud masing-masing bekerja sendiri.
Mereka diwakili peguam Jahaberdeen Mohd Yunus, Haris Ibrahim dan Mohana
Kumar.
Menurut Abdul Hamid, Seksyen 102 Enakmen Acara Jenayah
Syariah Negeri Kelantan yang memperuntukkan cara-cara sesorang itu
memeluk agama Islam atau keluar dari agama itu adalah sah dan tidak
bercanggah dengan hak kebebasan beragama.
Beliau juga tidak
bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa Seksyen 102 tidak terpakai
keatas perayu berempat kerana mereka bukan lagi penganut agama Islam
setelah membuat pengakuan untuk keluar dari agama tersebut.
Soalan samada perayu-perayu itu murtad atau tidak adalah persoalan hukum syarak dan bukan undang-undang sivil, katanya.
Dengan
itu hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh memutuskan samada
seseorang Islam itu masih beragama Islam atau tidak, walaupun mereka
telah membuat pengakuan bahawa mereka telah keluar dari agama itu.
Terlalu umum
Berkenaan dengan permohonan pengisytiharan hak
kebebasan beragama pula, Abdul Hamid berkata permohonan itu terlalu umum
dan bukanlah tugas mahkamah untuk mengkaji semua undang-undang negeri
untuk menentukan keperlembagaannya.
Pada 1996, mereka telah dipenjara dua tahum oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru kerana terlibat dalam ajaran sesat.
Bagaimanapun Mahkamah Rayuan Syariah telah menggantikan hukuman itu dengan jaminan untuk berkelakuan baik untuk lima tahun dan memerintahkan supaya mereka melaporkan diri kepada Kadi daerah masing-masing untuk bertaubat.
Pada
bulan Ogos 1998, mereka telah membuat pengakuan sumpah berkanun di
hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Kuala Lumpur bahawa mereka telah keluar
dari agama Islam dengan kerelaan sendiri.
Pada Februari 2000
mereka dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang sama
kerana mengikari perintah bertaubat yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan.
Mereka juga telah didakwa atas kesalahan cuba keluar dari agama Islam tapi masih belum dibicarakan.
Mereka
kemudian membuat perhomohanan habeas corpus dan pengisytiharan
kebebasan beragama di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi telak ditolak.
Mahkamah
Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah adalah pihak yang memiliki bidang
kuasa tertinggi untuk menjalankan hukuman riddah di Malaysia
Ini
kerana kedua-dua badan kerajaan itu dianggap paling berkuasa kerana ia
di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan dibandingkan dengan
badan-badan lain, justeru, keberkesanan peranan atau fungsinya
bergantung kepada sejauh mana integriti dan kebebasan yang diberikan
kepada keduanya.
Walau bagaimanapun, kita
perlu melihat kepada peranan dan tujuan kewujudan kedua-dua badan
berwibawa itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, sama ada
benar-benar ia diberi kebebasan untuk bertindak menjalankan
penguat-kuasaan undang-undang atau sebaliknya, ia dapat dilihat kepada
carta aliran pentadbiran kedua-dua badan berkenaan.
Tujuan & Peranan Penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia
*
Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini
bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah
s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
*Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam
*
Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta
mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.
* Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga.
* Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.
*
Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin
berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana
tuntutan agama.
* Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai
* Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.
* Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar
* Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat
* Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan
*
Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi
penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah
sepanjang masa
* Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam
mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam
kehidupan mereka.
Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah
Mahkamah
Syariah diberi nama Mahkamah Kadi telah diberi kuasa menjalankan
peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi
setiap negeri dan daerah di Malaysia.
Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.
Mahkamah Syariah pula menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama.
Pejabat
Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan
masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan,
dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia.
Terdapat
negeri yang meletakkan Mahkamah Syariah di bawah pentadbiran Pejabat
Agama negeri dengan bidang kuasa dan tugas yang berlainan.
Kebanyakan
negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai
institusi yang tertinggi dan diikuti Majlis Agama & Istiadat.
Terdapat di bawahnya Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.
Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Kadi Daerah
* Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
* Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
* Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Kadi Besar
* Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
* Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
* Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
* Menguruskan kes-kes rayuan
* Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri) Mahkamah Rayuan Syariah
* Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
* Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
* Mengurangkan hukuman
* Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
*
Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang
RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
* Setiap rayuan akan didengar tiga orang ahli daripada jawatankuasa termasuk mufti
* Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.
Bidang Kuasa
Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.
Perlembagaan Malaysia 1965
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
3. Sebulan penjara atau
4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)
Perlembagaan Malaysia 1984
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysua 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
3. Enam bulan penjara atau
4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)
Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia
Undang-undang
kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun
peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai
perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan
dengan kehidupan keluarga.
Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut:
Bil. Negeri Nama Akta / Enakmen Rujukan
1 Johor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 5/1990
2 Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 7/1983
3 Pahang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 3/1991
4 Perak Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak 13/1991
5 Perlis Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis 4/1992
6 Pulau Pinang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang 2/1985
7 Selangor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 4/1984
8 Terengganu Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Johor 12/1985
9 Kedah Enakmen Keluarga Islam Kedah 1/1984
10 Kelantan Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1/1983
11 Melaka Enakmen Keluarga Islam Melaka 8/1983
12 Sabah Enakmen Keluarga Islam Sabah 15/1992
13 Sarawak Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak 5/1991
14 WIlayah Persekutuan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (A303) 1983 pindaan / (A828)
VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Visi
Untuk menjadikan sebuah agensi pusat yang berwibawa bagi merealisasikan
penyeragaman sistem perundangan Islam demi menegakkan keadilan
Misi
Untuk menyeragamkan peruntukan undang-undang Islam di seluruh negara
serta pengendalian kes-kes rayuan secara berkesan dan bersistematik.
Objektif Objektif Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah :
*
Mewujudkan Undang-Undang Islam berhubung dengan pentadbiran. Mahkamah
Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri
* Memastikan semua negeri menggunakkan Skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
* Memastikan kes-kes Mahkamah rayuan dikendalikan dengan adil,cekap dan teratur.
* Memanfaatkan penggunaan sistem teknologi maklumat dengan meluas bagi melicinkan pentadbiran
Fungsi Fungsi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah :
* Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan penyelarasan prestasi organisasi Mahkamah Syariah di negeri-negeri ;
* Menyelaras sistem perundangan Islam dan prosedur kehakiman syariah bagi diterima pakai oleh Negeri-negeri ;
*
Mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah
Negeri-negeri yang menerima Skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah ;
*
Mentadbir dan menyelaraskan kaedah-kaedah, etika dan arahan amalan
serta peraturan ke atas semua Pegawai Syariah dan kakitangan di Mahkamah
Syariah Negeri-negeri ;
* Menguruskan keperluan dan pembangunan sumber manusia yang berkelayakkan dan mencukupi ;
* Mentadbir dan menyelaraskan penggunaan sistem maklumat eletkronik di JKSM dan Mahkamah Syariah Negeri-negeri ;
*
Membangunkan sebuah Pusat Sumber berkaitan sistem perundangan dan
kehakiman syariah bagi menyediakan bahan-bahan rujukan ilmiah kepada
para pegawai syariah di seluruh negara dan orang awam ;
*
Melaksanakan program penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan
kehakiman syariah sesuai dengan kemajuan umat Islam dari segi sosial di
negara ;
* Merangka dan melaksanakan program pembangunan latihan
kepada seluruh Pegawai Syariah dan kakitangan yang melaksanakan tugas
samada di Mahkamah Syariah Negeri-negeri, Biro Bantuan Guaman, Jabatan
Agama Islam dan lain-lain agensi yang mempunyai kader post perundangan
syariah;
* Mengendalikan kes-kes rayuan di Mahkamah Syariah
Negeri-negeri dengan berkesan dan bersistematik berlandaskan perundangan
negara dan enakmen negeri-negeri.
Rujukan
1
Al-Muntakhab Fi Tafzir al-Quran, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam -
Kementerian Wakaf Mesir, m.s 50, cetakan September 1985M bersamaan
Muharram 1406H.