Riddah ialah terputusnya keislaman dengan sebab kekufuran. Riddah terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Riddah Qawliyyah (perkataan) seperti mencaci atau memaki Allah atau para nabi atau Islam meskipun dalam keadaan marah.
2. Riddah Fi^liyyah (perbuatan) seperti melempar mushaf al-Quran ke tempat-tempat yang kotor dan memijak mushaf al-Quran.
3.
Riddah Qalbiyyah (hati) seperti beriktikad bahawa Allah itu adalah
suatu jisim atau benda atau roh atau bahawa Dia duduk atau bersemayam di
atas Arasy atau bahawa Dia mendiami atau berada langit atau di setiap
tempat dengan zat-Nya atau berpegang bahawa Dia berada di suatu penjuru
atau pihak.
Allah ta^ala berfirman:
وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوا بَعْدَ إِسْلاَمِهِمْ
Maknanya:
“Dan sebenarnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka
telah kafir setelah keislaman mereka”. [Surah al-Tawbah: 74]
Allah ta^ala berfirman:
لاَ تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ
Maknanya: "Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan". [Surah Fussilat: 37]
Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
إِنَّ
الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَهْوِي
بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
Maknanya:
“Sesungguhnya boleh terjadi seorang hamba mengucapkan perkataan (yang
menghina Allah, para nabi atau syariat-Nya) yang dia tidak menganggapnya
sebagai bahaya, (sedangkan perkataan itu) boleh menjerumuskannya ke
dalam (dasar) neraka (yang kedalamannya) lebih jauh daripada jarak di
antara timur dan barat”. [Diriwayatkan Muslim dan al-Bukhari]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan