Khamis, 10 Mac 2011

السلام عليكم

Assalamualaikum kepada semua pembaca laman ini. Pertamanya, saya memanjatkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi diberikan umur untuk meneruskan kehidupan ini yang penuh dengan ujian dan cabaran. Dikesempatan ini ingin saya mengajak para pembaca sekalian untuk merenung ayat pertama yang Allah S.W.T telah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk.”
(Surah Al-Iqra, Ayat 1)
Sehubungan dengan itu maka ingin saya menyeru kepada pembaca sekalian agar kita dapat membudayakan amalan membaca agar kita sentiasa hidup berilmu. Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sudah pasti jawapannya sangat jelas iaitu tidak sama. Maka marilah kita sama-sama untuk memastikan hari ini lebih berilmu daripada semalam dan esok lebih berilmu daripada hari ini. Mudah-mudahan dengan menyedari hakikat Indahnya Hidup Berilmu ini maka marilah sama-sama kita cuba meningkatkan ilmu di dada secara istiqamah dan berterusan sehinggalah malaikat Izrail datang menjemput kita.
“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmatilah kami dengan ilmu-ilmu yang berguna lagi bermanfaat di dunia dan di akhirat”

Tiada ulasan: