Berlatihlah agar kita benar-benar bersedia untuk mati.
Ketika kita baring ingin tidur,
berlatihlah untuk kembali kepada Allah SWT.
Pastikan kita mempunyai wudhuk. Rasai jiwa kita menuju kepada Allah SWT.
Lupakan niat ingin tidur dengan menggantikannya
dengan rasa kembali kepada Allah SWT
sambil beristighfar memohon keampunan dan berzikir
mengagungkan Allah SWT. Apabila rasa benar-benar
tunduk pada Allah SWT, ucapkanlah dua kalimah syahadah.
Kemudian rasai jiwa kita keluar daripada jasad perlahan-lahan
bermula dari kaki perlahan-lahan naik hingga ke leher kita.
Serahkan kembali hak Allah SWT iaitu segala harta benda,
anak, isteri/suami kepada Allah SWT. Tumpukan kepada
jiwa yang akan meninggalkan jasad secara perlahan-lahan.
Teruskan merasai yang kita akan kembali kepada Allah
sehingga kita ditidurkan oleh Allah SWT.
Jika kita benar-benar kembali kepada Allah SWT
iaitu ajal sampai ketika itu, Alhamdulillah kerana kita
melepaskan nafas terakhir kita dengan benar-benar berserah pada Allah SWT.
InshaAllah, mengikut pengalaman semasa melakukannya mula-mula dahulu,
mulanya kita masih terikat dengan segala apa yang kita miliki. Kita berasa
sangat bimbang dan gementar. Saya seringkali terbuka mata dan tidak mahu
melakukan lagi kerana jantung berdegup laju kerana bimbang benar-benar akan mati.
Tetapi perlahan-lahan, apabila latihan selalu dilakukan, kita akan berasa benar-benar
bersedia untuk kembali kepada Allah SWT bila-bila masa sahaja. Kita tidak akan
terikat dengan apa yang ada disekeliling kita melainkan Allah SWT. Kita melepaskan
diri daripada terikat dengan harta benda, anak, isteri/suami dan
segalanya di dunia ini walaupun di mana kita berada dan sentiasa
bersedia untuk kembali kepada Allah SWT. InshaAllah.
Latihan ini boleh dilakukan ketika rehat sebentar setelah penat bekerja
atau ketika duduk-duduk santai.
Semoga di saat nafas terakhir kita, kita tetap teguh bersaksi dengan
PENUH KESEDARAN bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT
dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan